//Imperfect Little Caliph
Persoalan Bertudung :Kualiti atau Kuantiti?
Friday 23 December 2011 @ 23:48 | 0 Comment [s]


*isi dakwat pen dakwah dan start menulis*

Bismillahirrahmanirrahim.In the name of Allah the most gracious and most merciful =)



Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari :D eheh,lagi berapa hari je kan sekolah nak bukak? Rasanya adalah lagi 9 hari.Risau betul nak PMR ni .Herm,insyaallah saya akan cuba usahakan yang terbaik.Sebenarnya sekarang ni saya tengah bosan :3 Eheh,jadi tiba-tiba teringat nak tulis entry untuk blog pulak.Ok,ni baru mukadimah.Belum mula lagi ;)


Tengok tajuk tuuu.Ye,saya khaskan entry ni untuk muslimah tapi kalau muslimin nak baca pun tak apa jugak,sekadar untuk tambah ilmu pengetahuan.Bila sebut pasal tudung,mesti tergambar kat benak saya perempuan yang pakai tudung litup,sejuk je mata memandang >,<  Tapi rasanya tu dulu je ramai.Kalau kita perhatikan zaman sekarang ni kan,tudung ni dah banyak alami transformasi kan?And dari perhatian saya,makin lama makin singkat.Ish,bahayannya tuu.

"Oleh itu berikanlah sahaja peringatan(kepada manusia,dan janganlah berduka cita kiranya ada yang menolaknya) kerana sesungguhnya engkau hanyalah pemberi ingatan.Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka(menerima apa yang engkau sampaikan)(Al-ghasyiyah:21,22)





Kalau tengok sekarang ni,ramai orang pakai tudung.Tengok pun seronok.Yalah,ramai dah orang ikut tuntutan agama.Tapi yang tak seronoknya..bila bertudung tak ikut tuntutan yang Allah suruh.Maksud saya, kalau dulu perempuan yang pakai tudung ni selalunya kita nampak dekat tempat baik-baik je,dekat masjid,surau atau tempat yang memang tak timbulkan fitnah.Tapi sekarang ni?Entah-entah dekat kelab malam pun boleh jumpa perempuan bertudung.Haih,sedih betul.And bila dah jadi macamni,mula lah orang buat cerita yang perempuan pakai tudung ni sama je macam perempuan lain,baik tak payah pakai tudung,etc.Dan yang pakai tudung ni pulak,kalau dulu untuk menutup aurat,tapi sekarang ni ada pulak yang pakai tudung sebab nak berfesyen atau sebab dah ramai orang pakai tudung atau dah jadi ikutan.Tudung ni dah jadi macam bahan mainan.Maruah tudung tu macam dah dipijak-pijak.*eh,geram pulak saya tengok cara orang bertudung zaman sekarang ni -.-"*

Memakai tudung adalah satu kewajiban berhijab dalam Islam bagi wanita yang telah baligh. Hukum ini tiada perselisihan disisi semua ulama daripada keempat-empat mazhab. Ini berdasarkan firman Allah swt dalam ayat 59 Al-Ahzab dan ayat 31 An- Nur.Jadi,nak tunggu apa lagi cik kak?Meh saya ajar sikit syarat-syarat nak pakai tudung tu.Tudung tu bukan sekadar tutup-tutup rambut sana sikit,sini sikit tapi nampak leher yang jinjang tu,nampak dada and kain terbelah sana sini.Bila non muslim tengok,macam kita ni sama je dengan diorang cuma tak nampak rambut.Haihh.Mana boleh pakai tudung macamtu.Dan aurat wanita kan seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan je.Tudung tu mestilah menutup dada,tak jarang,tutup seluruh rambut dan biar nampak muka je.Macamtu baru betul.Dan pandai-pandailah,bila dah pakai tudung tu,akhlak pun kena jaga sekali.Ini ada pulak bertudung tapi berpeluk sakan dengan pakwe kat taman bunga.Apa nak jadi lahh >.<

"Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka"(An-Nur:31)

And tak bermaksud kalau awak dah pakai tudung tu,awak kena pakai baju kurung je doplohpatjam.Memang tak salah kalau nak berfesyen,tapi kena ikut syariat jugaklah.Cara pemakaian awak kena menutup aurat bersesuaian dengan tudung awak ikut syariat tu.Jangan pulak tudung je ikut syariat,tapi.

-Pakai baju ketat-ketat
-Pakai seluar nampak bentuk kaki(especially LEGGING tu)
-Akhlak masih tak terjaga
-Masih tak ikut syariat Islam
-Niat untuk ikut perkembangan fesyen
-Nak dapat pujian orang

Ini antaranya lah kan.Tau tak hijab tu sebenarnya protection kita.Perlindungan kita.Sebab dengan bertudung ni lah,kita boleh terselamat dari fitnah dunia dan dari gangguan.Bila hang pakai tudung ikut syariat Islam,menutup aurat,takdanya laki gatal nak phewwit phewwit kat hang.Nak dekat dengan hang pun diorang tak berani.Yang tertutup dan terjaga tu susah sangat nak dekat,sama macam wanita solehah.Yang tertutup tu indah bukan?Boleh dipandang tapi susah nak dipegang :)

Banyak sebenarnya jenis tudung zaman sekarang ni.Dah macam-macam fesyen orang buat sampai kadang-kadang tak sedar cara pemakaian tu dah langgar syariat agama.Macam contoh,tudung ikan bilis yang tersembul rambut keluar kat bahagian depan tu,tudung selempang yang pakai tudung dah ok tapi menampakkan dada,Tudung Alien.Tudung alien?Hang tau dak tudung alien tu macamana?Tudung Alien tu yang nampak bonggol kat bahagian belakang tu.Orang selalu buat macamtu dengan sengaja kononnya nak berfesyen tapi tak bertempat.

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)


And ada lagi,selalu saya jumpa budak sekolah menengah la.Pakai tudung sekolah tapi sekadar ikut syarat peraturan sekolah,tudungnye muat tangkap je dan siap sensing-sinsing tudung lagi >.< Ish,buat sakit mata memandang je.Takat nak tunjuk leher yang jinjang tu baik tak payahle.Awak sinsing tudung sebab rimas?Awak rasa rimas ke bila Allah buat macamtu semata-mata untuk kebaikan awak dan melindungi diri awak.Rimas eh macamtu?

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]

Ok,senang kata.Saya berikan analogy.Awak ada rumah yang besar cantik lagi.Awak nak hire bodyguard jaga rumah.Ada sorang ni tahunya makan gaji je,makan tido tak jaga pun rumah awak.Lagi sorang ni ikut arahan dah berkawal jaga rumah awak.Mana awak nak?Mesti lah yang kedua tu kan?Sebab yang 1st tu berkemungkinan jugak nak dimasuki pencuri walaupun awak pasang bodyguard.Macamtu lah perumpamaan tudung tu.Tudung yang labuh tu senang je nak dijaga tapi kalau pakai tudung yang tak cukup syarat tu,senang je nak terselak sana sini,jarang.Easy right? :)

Saya sukaa sangat tengok orang yang pakai tudung labuh,lagi-lagi pakai baju kurung.And kadang-kadang ada yang pakai niqab.Sejuk je mata memandang.Saya tengok pun seronok.Sekarang ni susah sangat nak jumpa perempuan yang macamni.Saya tak kata perempuan macamni baik,tapi perempuan yang tak pakai macamni jahat,tapi bila tengok diorang ni sejuk je mata xD Harap-harap satu hari nanti saya dapat jadi macamtu.Insyaallah


Yang tertutup tu indah bukan?Tak salah kalau nak berfesyen sambil menutup aurat tapi yang penting dahulukan syariat Islam.Hijab tu lah perlindungan kita dan kalau perlindungan awak kurang,itu yang bahaya.Tiba-tiba teringat pulak satu kisah ni tapi saya lupa pulak baca dekat mana :3

Adik:Akak,kenapa akak pakai topi keledar?
Kakak:Sebab nak jaga keselamatan lah.Lagipun,ini dah jadi peraturan dekat jalan raya.Nanti polis marah
Adik:Kalau macamtu kenapa akak tak pakai tudung?Bukan tu dah jadi peraturan agama ke?Nanti Allah mrh
Kakak:....


Lebih kurang macamtulah ceritanya.Ahah,kakak tu yang dah terkena sendiri.Maaf kalau ada yang terasa tapi benda-benda macamni kena selalu ingatkan sebab orang selalu pandang remeh.Tutup rambut je dah cukup.Mana boleh macamtu.Apa-apa pun,semoga yang baik kita jadikan tauladan,dan yang buruk jadikan sempadan.Jom usaha AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR.Moga kita sama-sama berjaya.Insyaallah :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh =)
-23DISEMBER2011/2.33PM-



Older Post | Newer Post

Assalamualaikum and hi :)Thanks for the visit.I'm here just to talk about my perspective and opinions of Islam.


Story About Wishlist Links



Go to www.Cbox.ws. Widht, 200.