//Imperfect Little Caliph
Ke manakah Mujahid Mujahidah?
Saturday 21 January 2012 @ 21:30 | 0 Comment [s]

Bismillahirrahmanirrahim.In the name of Allah the most gracious and most merciful =)



Assalamualaikum wbt dan selamat malam.Alhamdulillah,tergerak pulak hati nak menulis.Selalunya tak ada idea sangat.Masa dekat rumah saya tak ada idea,tapi masa kat sekolah la idea tu berlambak nak keluar tapi malas nak menulis,kalau guna komputer boleh terus taip je :3 Esok sampai Selasa saya tak ada,sebab ada kenduri arwah dekat kampung.Doakan semoga perjalanan saya selamat pergi dan balik.Insyaallah.

Kadang-kadang,saya selalu terfikir.Kenapa Allah letakkan saya sebagai sebahagian umat akhir zaman?Umat Islam yang dah making hancur,yang aqidahnya dah makin rosak,baik lelaki mahupun perempuan.Dah tak ramai mujahid yang nak berjuang untuk Islam,semuanya yang ada,mengorat perempuan,suka mencarut,etc.Dan dah tak ramai dah mujahidah yang harga dirinya masih mahal,yang tunduk pandangnnya pada lelaki bukan muhrim. I'm not saying I'm perfect and exatcly,I don't live to be.Saya tahu saya bukan malaikat,saya sendiri pun sama macam umat akhir zaman sekarang ni,tapi tak salah kan kalau kita nak berusaha taat pada Allah,sama macam malaikat?

Orang mu'min yang sebenarnya ialah yang taat pada Allah dan rasul,tidak ragu-ragu dan berjuang harta dan jiwa di jalan Allah(al-Hujurat:15)

Saya bukanlah orang yang kuat dan saya akui,saya memang tak tabah.Kadang-kadang,saya menangis.Menangis bila fikir kelakuan saya sendiri,tengok umat akhir zaman.Kenapa Allah letakkan saya yang tak kuat ni pada zaman umat Islam yang aqidahnya hampir hancur?Tapi bila fikir balik,mungkin ini yang terbaik untuk saya.Saya tahu,Allah dah tetapkan yang terbaik untuk saya dan saya yakin,setiap yang Allah tetapkan ada hikmah di sebaliknya.Allah takkan bagi ujian yang melebihi tahap kemampuan hambanya.Dan ini ialah ujian Allah untuk saya.

"Ketahuilah,manusia tidak diciptakan secara main-main atau sembarangan.Manusia diciptakan dengan sebaik-baiknya dan demi tujuan yang mulia"(Al Imam Al Ghazali)
Dan bila fikir balik,saya memang wajar rasa sedih.Cuba awak sendiri fikir,Rasulullah punyalah payah nak sebarkan umat Islam dengan para sahabat,kena caci maki,sampai berluka berdarah,berperang,semata-mata nak sebarkan Islam,supaya kita sama-sama menjadi muslim dan dapat menghuni syurga,dan alhamdulillah,Islam masih tersebar di pelosok dunia sampai sekarang.Tapi,kenapa kita yang menjadi muslim hari ini tak berkelakuan seperti muslim langsung?Kita dah lupakah perjuangan dakwah Rasulullah?Kalau Rasulullah tak tabah,sekarang ni mungkin kita sebahagian orang kafir yang masih sesat dan takkan pernah mengenal Allah.Dan saya sedih,walaupun hidayah tu dah ada depan mata kita,walaupun kita dah beragama Islam,kenapa kita sendiri tak amalkan ajaran Islam

 Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari..

Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut..

Andai diberikan peluang sekali seumur hidup untuk putarkan masa,saya nak sangat kembali ke zaman Rasulullah.Zaman sewaktu Islam baru bermula.Waktu tu,nak masuk Islam memang payah.Orang kafir seksa umat Nabi Muhammad hanya kerana mereka jumpa jalan kebenaran menuju Islam.Waktu tu semua orang Islam berlumba-lumba untuk dapatkan ganjaran syurga.Amal ibadah berpanjang,lain betul dengan zaman sekarang.Semua lelaki mujahid rela mati syahid untuk Islam.Saya nak jumpa Rasulullah S.A.W.Saya nak tatap kekasih Allah.Saya nak menangis semahunya.


Pernah ada dekat sekolah saya,khabar angin yang ustazah kata selepas cuti,wajib pakai handsock.Dan saya terima dengan hati terbuka.Alhamdulillah,mungkin Allah nak bagi hidayah dekat kita semua.Tapi yang buat saya kecewa dan agak terkilan,bila ada segelintir kawan saya yang kata "eee,pakai handsock macam nak sekolah agama je.Dahla panas,rimas betul".Saya tak kisah kalau mereka nak marah saya,atau nak kutuk BADAR,tapi bila jadi macamni,kenapa awak kena salahkan handsock?Sedangkan handsock tu fungsinya untuk menutup aurat awak.Awak yakin lengan baju kurung awak tu tak terselak?Apa yang Allah bagi,untuk kebaikan kita jugak.Panas yang awak kata,panas lagi akhirat nanti.Baiklah awak berpanas dekat dunia ni,daripada awak panas dekat akhirat kelak.Saya tahu ramai yang mengeluh bila waktu perhimpunan Jumaat,pengawas beritahu kena labuhkan tudung.Salahkah untuk kita berpakaian sewajarnya sebagai seorang muslimah?Pakai tudung yang betul-betul menutup dada,tak sinsing sana sini.Ramai yang saya dengar kata "Baik sekolah agama kalau macamni!".Hermm,lain ke budak sekolah agama dengan budak sekolah sains/biasa?Maksudnya,yang kena berpakaian macam muslim/muslimah dan berakhlak baik tu budak sekolah agama lah ye?Tapi kita ni sama je macam budak sekolah agama,orang Islam.Ikut perintah Allah.Jadi apa bezanya nak buat benda yang Allah suruh tu?Jadi,apa guna kita jadi orang Islam kalau tak berkelakuan macam orang Islam?




Awak,awak fikir fikirkan lah balik.Awak kata awak belum sampai seru,belum dapat hidayah lagi dari Allah.Awak,sedarlah awak.Hidayah tu perlu dicari,bukannya untuk ditunggu!Dalam Ar-Ra'ad ayat sebelas Allah berfirman : 

" Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya"
Dan sekarang ni,Allah dah beri hidayah di hadapan mata awak.Mungkin dengan memakai handsock tu hidayah Allah untuk perbaiki diri kita.Tapi,awak sendiri yang abaikan hidayah dari Allah.Malah,awak salahkan handsock tu pula.Awak kata,peraturan tu memaksa awak untuk pakai handsock.Awak tak nak jadi hipokrit! Awak nak pakai bila awak dah bersedia,bukannya berpura-pura.Awak imbas balik,kenapa awak solat 5 waktu tiap-tiap hari eh?Sebab Allah suruh kan?Dulu waktu kecil mak ayah suruh sembahyang,awak pun malas,merungut-rungut,memang tak ikhlas.Saya sendiri pun mengaku.Tapi lama-lama,kenapa awak buat jugak ye?Sampai sekarang pulak.Sebabnya awak dah terbiasa,sebab dari tak ikhlas tu lah lama-lama timbulnya rasa ikhlas dalam hati awak.Sama jugaklah bila awak kena pakai handsock ni.Bila awak pakai,insyaallah,sedikit sebanyak awak pun akan cuba berubah.




Awak kata awak hipokrit kalau awak pakai tudung labuh,pakai stokin,pakai handsock,tutup aurat,jaga akhlak,jaga pergaulan,semuanya.Awak sedar tak,yang awaklah sebenarnya sedang bersikap hipokrit.Ya,awak memang hipokrit sebab tak buat benda-benda macamtu.Awak tahu tak,sebelum lahir,awak,saya dan semua orang di muka bumi ni dah tandatangan contract dengan Allah.

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"(surah al A'raf:172)





Tetapi mengapa kita bila telah berada didunia, dengan segala nikmat yang kita dapat, kita lupa padaNya. Malah kita lupa kontrak kita kepada Allah. Kita merasa masih seronok melakukan kemaksiatan daripada mengikuti apa yang Allah suruh. Bila kita rasa sunyi dan terasa kekosongan dalam diri, kita lebih memilih untuk menghiburkan hati kita dengan dendangan lagu, bermain game, melepak dengan kawan2 dan berhibur. Tapi kita tak sedar yang cara sebegitu hanya menghilangkan sunyi dan kekosongan sebentar sahaja. Tidak lama kemudian, hati bertambah perit dan bertambah kosong.

Awak,dunia ni dah akhir zaman.Dah banyak dah tanda-tanda kiamat dah dijumpai.Sementara pintu taubat masih terbuka,mari sama-sama muhasabah dan perbaiki diri kita seadanya.Kita memang bukan khalifah yang sempurna,tapi tidak salah untuk kita mencuba menjadi sempurna.Insyaallah,moga dapat dijadikan iktibar dan renungan.Maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan terguris kata sebab semua yang buruk datang dari saya,dan yang baik datang dari Allah.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

9.13 p.m/Esok balik kampung :)




Older Post | Newer Post

Assalamualaikum and hi :)Thanks for the visit.I'm here just to talk about my perspective and opinions of Islam.


Story About Wishlist Links



Go to www.Cbox.ws. Widht, 200.