//Imperfect Little Caliph
Kalau dah tersuka,,nak buat macamana?
Friday 27 January 2012 @ 18:14 | 0 Comment [s]

Bismillahirrahmanirrahim.In the name of Allah the most gracious and most merciful =)


Assalamualaikum.Apa khabar iman kita?Masih kukuh berdiri atau dah layu umpama lalang ditiup angin?Jom kita sama-sama upgrade untuk capai mardhatillah.Insyaallah :)Dah lama rasanya tak menaip dekat blog ni dan pagi ni rasanya ada idea kot walaupun rasanya tak berkembang banyak :) Thanks to a few friends yang tanya pasal topik ni.Ada sorang kawan saya kata macamana nak lupakan orang yang dia suka dan lagi sorang ada kata,kalau dah tersuka nak buat macamana?Jadi harini saya akan tunjukkan cara-caranya.*macam nak mengajar memasak pulak :D * Saya pun taklah expert benda macamni,tapi kalau nak nasihat simple2,insyaallah saya try :)


Sebut pasal suka,rasanya semua orang pernah suka dekat sesiapa.Tak kiralah waktu tu awak enam tahun ke(eh,ada ke?._.),sekolah rendah dan lagi lagi,SEKOLAH MENENGAH.Cuba angkat tangan?Wah,ramai.Seploh,lapan ratus,campur saya,lapanratussatu.Actually,perasaan suka ni kita pun takkan dapat pernah elak sebab benda ni dah memang fitrah manusia.Nama pun tersuka,bukan kita sengaja kan.But pada saya,ada certain orang yang jaga hati sangat untuk tak jatuh cinta.And no,Islam tak pernah halang kita untuk jatuh cinta.Sebab benda tu fitrah.

Its normal lah kan kalau awak jatuh cinta dengan orang yang hafal al-quran,teguh pegangan agamanya,yang tundukkan pandangan,suara sedap bak greyson chance atau sehensem Kim Bum.Tak kisah la kan :) Tapi kena pandai control jugak supaya benda ni tak mendatangkan fitnah dan murka Allah.For example,awak suka dia,awak terus ajak dia couple.Benda tu dah mendekati zina dan jatuh hukum haram bukan? :)



1.And,bila awak dah suka dekat orang tu,mesti awak asyik teringat-ingat kat dia,hampir doplohpatjam kan.Selalunya,sampai ingatan awak pada Allah pun terganggu.Makan tak kenyang,mandi tak basah,ibadah tak khusyuk dan yang sewaktu dengannya lah kan.AWAS sebab jerat syaitan hampir nak terkena pada awak.Zina hati dah makin dekat dah tu :) Renovate dan upgrade kan hati awak.Perhaps there's something wrong in it.Berdoalah banyak-banyak pada Allah.Doa tu kan senjata orang muslim.kalau dia memang jodoh awak,temukanlah dia dengan awak pada waktu yang betul.Bukan sekarang yang mana fokus awak cuma untuk study.


I want someone like this ^^ Insyaallah

2.Fikir balik,awak kata awak admire dia.But why?Adakah sebab dia pandai,atau baik,atau apa je lah sifat mahmudah kan.Tapi,awak pernah terfikir tak untuk admire pencipta dia sebelum awak admire dia?Kalau awak kata dia baik atau pandai,Pencipta dia yakni Allah of course jauh lebih better dari dia.Apa-apa pun yang penting before awak nak melangkah ke fasa yang lebih jauh,awak jalinkan dulu hubungan cinta awak dengan Allah.Mesti lagi sweet kan daripada awak couple dengan dia? ^^ Dan insyaallah,kalau awak jaga hubungan cinta awak dengan Allah,Allah sendiri akan tetapkan yang terbaik untuk awak.

3.Jangan beritahu orang yang awak suka tu,tapi bukanlah bermaksud jangan beritahu untuk selama-lamanya. But at least,FOR NOW.Kenapa?Sebab awak masih lagi bergelar pelajar setahun jagung dan fokus awak untuk study,dan bukan untuk bercintan-cintun.Tapi kalau awak rasa awak dah bersedia untuk bina masjid Allah,do it in the right ways.Jumpa wali dia for lelaki,and kalau perempuan,gunalah orang tengah yang rasanya boleh dipercayai.Tak timbul istilah "perigi cari timba" sebab waktu zaman Rasulullah,Saidatina Khadijah yang merisik Rasulullah melalui orang tengah kan?Tak perlu couple segala,andai yang datang cuma murka Allah.Cubalah awak fikir kalau dalam usia awak sekarang ni,awak beritahu dia yang awak suka dia. Macamana kalau dia reject awak?Frust menonggeng lah 30 hari 30 malam,tak lalu nak makan,tak nak keluar rumah sebab malu.Tapi kalau dia terima,haih,lagi bahaya.Nanti tak pasal-pasal awak couple dengan dia pulak.Mulalah''I love you,you love me tak?Ana uhibbuka*versi islamik*"



4.Muhasabah diri banyak-banyak tentang bahayanya cinta sebelum nikah.Semakin dekat awak dengan cinta manusia yang tak halal bagi awak,semakin jauhnya awak dari cinta Allah.Ingatkan balik ilmu tentang ikhtilat yang awak pelajari.Tahu kan yang zina tu ada banyak cabang dan paling selalu kena bila awak jatuh cinta ni,zina hati dan zina mata.Sibukkan diri awak dengan perkara lain everytime awak teringatkan dia,banyak lagi benda awak boleh buat.Tolong mak pergi pasar ke,tolong adik buat homework ke,dapat jugak pahala tu kan? :) Tapi kalau awak kekurangan info tentang ikhtilat,rajin-rajinkanlah diri pergi ceramah/majlis ilmu(salah satu taman syurga) biar timbul rasa insaf tu dan meresap ke dalam hati.



5.Dan ini cara saya,tapi saya tak berapa nak galakkan --" For example,saya nak cari orang yang ada pegangan agama dan pembimbing yang baik.Ni contoh ya,CONTOH u_u Saya akan cuba sedaya upaya untuk cari keburukan orang tu walalu sebesar zarah sekalipun,so saya akan lupakan dia.Andai kata once,saya nampak dia sembang dengan budak perempuan tentang perkara tak penting.Automatic saya akan kata kat diri saya "dia sembang dengan budak perempuan pasal benda tak penting.Kalau dia pun macamtu,buat apa aku nak suka dekat dia?".Something like that.And the point is,saya akan cari keburukan orang tu.Dan sebab tu lah tak digalakkan.Hehe ._.

Semoga apa yang saya kata ni dapat dijadikan panduan.Insyaallah,dan saya pun bukannya expert sangat dalam bab agama ni.Kita sama-sama perbaiki diri masing-masing untuk capai mardhatillah  ^^ Sampai jumpa lagi,assalamualaikum! :)

credit of pictures :Dr Cinta Punya Blog :)

Nota hati : Esok dah kena balik sekolah.Haih,saya akan cuba tingkatkan kerajinan diri untuk belajar.I'Allah :)


Older Post

Assalamualaikum and hi :)Thanks for the visit.I'm here just to talk about my perspective and opinions of Islam.


Story About Wishlist Links



Go to www.Cbox.ws. Widht, 200.